Pantas, Tangkas Pc Anda.

Jika anda masih tercari-cari teknik untuk menjadikan PC yang menggunakan Windows XP lebih tangkas, hmm baca lah ok.

Biasanya, kebanyakan pengguna menjalankan proses defragmenting. Ia bertujuan mengatur semula semua data pada pemacu keras agar setiap fail disusun dalam sebuah lokasi cakera yang tidak diganggu dan berhampiran. Ramai pembina sistem dan juru teknik PC yang diajar dan masih percaya bahawa proses mendefrag pemacu keras ini berupaya mengekalkan tahap operasi PC di puncak prestasinya. Meskipun proses mendefrag ini boleh membantu PC lama, namun faktor lain juga harus dipertimbangkan. Hari ini, banyak PC baru telah dilengkapi pemacu keras Serial ATA (SATA) atau yang berkelajuan 7200-RPM (Revolutions Per Minute) atau 10,000RPM yang mampu mengurangkan masa carian dan menunggu, selain memiliki cache penampan (buffer) hingga sebesar 8MB. Tidak lupa juga penggunaan konsep NTFS (NT File System) XP yang cukup efisyen. Jadi, PC dengan ciri-ciri tersebut mampu diperbaiki prestasinya.

Bagaimanapun, proses mendefrag masih dianggap perlu. Alasannya, penggunaan kuasa dan haba mungkin ada kaitan langsung dengan pemacu keras yang berselerak. Jika fail data tidak berdekatan apabila OS anda meminta data, maka proses carian mungkin perlukan masa lebih lama. Tetapi yang lebih penting lagi, jika cakera gagal berfungsi. Jika ia berlaku, peluang data mampu dipulihkan dari pemacu keras yang gagal atau rosak menjadi lebih baik jika data tersebut berdekatan. Keadaan sebaliknya jika ia berterabur secara rawak.

Beberapa teknik berkesan

Sebagai tambahan kepada proses mendefrag untuk meningkatkan prestasi XP, akan diperturunkan di bawah ini beberapa cara lain yang boleh digunakan. Setiap cara berikut mampu menambah baik prestasi PC anda.

Pastikan XP menggunakan konsep NTFS.
Jika anda tidak pasti, periksa dahulu. Caranya, dwi klik pada ikon My Computer, klik kanan pemacu C:, kemudian pilih Properties. Seterusnya, semak File System type. Jika ia mengatakan FAT32, sila simpan data-data penting anda. Kemudian, klik menu Start, Run, taipkan CMD, dan klik OK. Pada paparan 'prompt', taipkan CONVERT C: /FS:NTFS dan tekan kunci Enter. Proses ini mungkin mengambil masa. Jadi, pastikan PC tidak diganggu dan bebas virus. Sistem fail yang digunakan oleh pemacu boleh boot ialah FAT32 atau NTFS. Anda disyorkan memilih NTFS untuk keselamatan yang lebih tinggi, boleh dipercayai, dan efisyen dengan pemacu keras bersaiz besar.

Matikan khidmat indexing file.
Khidmat akan mengekstrak maklumat dari dokumen dan fail lain pada pemacu keras dan mencipta "searchable keyword index." Kebanyakan orang tidak perlukan khidmat ini, lebih-lebih lagi pengguan di persekitaran korporat yang melibatkan ribuan dokumen dalam banyak komputer pelayan. Jika ia tidak perlu, bolehlah dimatikan. Caranya, dwi klik pada ikon My Computer, kemudian klik kanan pemacu C: dan pilih Properties. Jangan tanda pilihan "Allow Indexing Service to index this disk for fast file searching." Seterusnya, ubah pilihan kepada "C: subfolders and files," dan klik OK. Jika ada amaran atau mesej ralat muncul (seperti 'Access id denied'winking, klik butang Ignore All.

Kosongkan folder Windows Prefetch.
Sila kosongkan folder (tempat simpanan data dan aplikasi yang kerap digunakan) setiap tiga bukan atau lebih. Prefetch boleh menjadikan proses pemuatan lebih pantas apabila diperlukan pengguna, tetapi dari masa ke semasa folder ini mungkin dipenuhi rujukan fail dan aplikasi yang tidak diperlukan lagi. Kesannya, XP perlukan lebih masa, dan prestasi sistem perlahan kerana rujukan itu perlu dimuatkan. Kandungan folder ini tidak kritikal malah dipadam semuanya. Jadi kandungananya di C:WINDOWSPrefetch boleh dipadam secara manual atau menggunakan perisian.

Aktifkan fungsi DMA.
Mulakan dengan membuka tingkap Device Manager. Kemudian dwi-klik pada peranti IDE ATA/ATAPI Controller, dan pastikan bahawa DMA dihidupkan bagi setiap pemacu yang dihubungkan kepada Primary and Secondary Controller. Lakukan ini dengan dwiklik pada Primary IDE Channel dan klik kategori Advanced Settings. Pastikan Transfer Mode ditetapkan pada "DMA if available" untuk Device 0 dan Device 1. Ulangi proses yang sama pada Secondary IDE Channel pula.

Singkirkan semua spyware dalam PC.
Proses penyingkiran ini boleh dilakukan dengan menggunakan program percuma seperti AdAware oleh Lavasoft atau SpyBot Search & Destroy. Setelah program ini dipasang, pastikan anda menyemak dan pindah terima fail kemas kininya sebelum memulakan proses mengimbas. Tujuannya, agar spyware yang ditemui nanti boleh dibuang. Biasanya, perisian percuma yang memerlukan spyware untuk beroperasi gagal berfungsi setelah bahagian spyware itu disingkir.

Buang mana-mana program dan/atau item tidak perlu dari rutin Windows Startup menggunakan utiliti MSCONFIG.
Caranya, klik menu Start, Run, taipkan MSCONFIG, dan klik OK. Klik kategori Startup, kemudian jangan tanda item yang tidak mahu dimulakan semasa memulakan Windows. Jika anda tidak pasti item yang boleh dipilih, kunjungi WinTasks Process Library. Ia mengandungi proses sistem yang diketahui, aplikasi, selain rujukan dan penjelasan mengenai spyware. Anda juga boleh mengenalpasti identitinya dengan menjejaki berdasarkan nama fail menggunakan Google atau enjin carian web lain.

Matikan animasi yang tidak perlu dan matikan fungsi 'active desktop'.
Bagi mendapat prestasi optima, anda boleh mematikan semua animasi. XP juga menawarkan beberapa ketetapan berbeza dalam hal ini. Caranya, klik pada ikon System dalam Control Panel. Seterusnya, klik kategori Advanced. Pilih butang Settings di bawah Performance. Di sini anda bebas memilih pilihan yang ada, kerana perubahan yang anda buat tidak akan mengubah aspek kebolehpercayaan PC anda – cuma tahap tindak balasnya sahaja.

Jangan bahagikan (partition) pemacu.
Sistem fail NTFS XP beroperasi lebih efisyen pada satu partition berkapsiti besar. Data tidak semestinya selamat pada partition berasingan dan memformat semula tidak semestinya perlu bagi memasang semula OS. Jika anda boleh menggunakan partition, anda juga boleh menggunakan folder. Contohnya, jika anda meletakkan data pada 'Drive D:', maka anda juga boleh membuat folder yang dipanggil 'Drive D:'. Anda akan menerima manfaat pengelolaan yang sama seperti partition berasingan, namun tanpa mempengaruhi prestasi sistem. Selain itu, ruang bebas tidak terhad kepada saiz partition. Ia hanya terbatas oleh saiz keseluruhan pemacu keras. Ini bermakna anda tidak perlu mengubah sebarang saiz. Tugas ini biasanya mengambil masa dan boleh menjejaskan data.

Semak memori sistem untuk memastikan ia beroperasi dengan baik.
Anda juga boleh menggunakan program percuma yang dipanggil MemTest86. Ia boleh membuat CD atau disket boleh boot (jika anda mahu), yang akan menjalankan 10 ujian menyeluruh pada memori PC secara automatik selepas anda memboot dari cakera yang anda cipta. Jika program itu menghadapi masalah, matikan PC dan cabut kabel kuasanya. Keluarkan sekeping memori (andaikan lebih daripada satu), dan jalankan ujian sekali lagi. Perlu juga diingatkan, memori yang rosak tidak boleh dibaik pulih, tetapi hanya boleh digantikan.

Membuka tingkap berasingan.
Sekiranya anda menghadapi masalah tingkap Windows Explorer yang sering menganggu dan menjejaskan prestasi OS, cuba langkah berikut. Buka My Computer, klik Tools, kemudian Folder Options. Kemudian klik pada kategori View. Gelongsor ke bawah hingga anda temui pilihan "Launch folder windows in a separate process,". Tandakan pilihan ini. Anda perlu membootkan semula PC untuk membolehkan pilihan ini diaktifkan. Perhatikan samada gangguan tadi dapat diatasi.

No comments:

blogss

Pages

Copyright T&R Stationery - Souvenir