Langkah 1 - Lakukan Disk Cleanup
Semasa menggunakan komputer terutamanya ketika melayari internet, data-data "temporary" akan disimpan ke dalam cakera keras (hard disk) komputer. Semakin lama data tersebut akan semakin banyak dan komputer akan kelihatan lebih berat. Oleh itu dengan melakukan operasi disk cleanup ini semua data tersebut akan dibuang dan ini akan menjimatkan ruang storan anda. Ikuti langkah dibawah untuk melakukan operasi disk cleanup:
Start - program - accessories - system tool - disk cleanup
*perhatian: Data didalam temporary folder adalah selamat dibuang dan tidak akan menjejaskan prestasi komputer.
Langkah 2 - Update Antivirus
Walau secanggih manapun antivirus yang anda gunakan ia tetap tidak akan berkesan sekiranya ia tidak di update selalu. Disyorkan antivirus anda di update sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Ini adalah kerana menurut laporan sebanyak 5 jenis virus komputer dihasilkan setiap 1 jam. Oleh yang demikian selalulah mengupdate antivirus anda bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Teknologi Maklumat.
Langkah 3 - Lakukan Scan Disk
Scan Disk merupakan satu cara untuk mengesan sebarang kerosakan pada sektor cakera keras (hard disk). Salah satu kerosakan yang lazimnya berlaku adalah "bad sector". Apabila ini berlaku, komputer akan selalu beku ("hang" . Ini disebabkan fail-fail sistem operasi atau lain lain aplikasi berada pada sektor yang rosak dan komputer tidak dapat membuka fail tersebut. Oleh yang demikian dengan melakukan operasi scan disk ini fail-fail yang berada pada sektor yang rosak dapat di kesan dan akan dipindahkan ke sektor yang baik. Ikuti langkah dibawah untuk melakukan operasi scan disk:
Start - program - accessories - system tool - scan disk
* Perhatian: Lakukan operasi ini setelah selesai langkah pertama dan kedua di atas. Untuk lebih cepat, lakukan operasi ini di dalam "safe mode".
Langkah 4 - Disk Defragmenter
Apabila telah menggunakan komputer sekian lama, fail-fail akan disimpan merata-rata di dalam hard disk anda. ini adalah kerana komputer menggunakan RAM (random acess memory). Oleh yang demikian setiap hari semakin lama masa diperlukan oleh komputer anda samada untuk "booting" atau membuka fail. Fungsi disk defragmenter ialah akan menyusun semula fail fail tersebut ditempat yang sesuai. Ikuti langkah dibawah untuk melakukan operasi disk defragmenter:
Start - program - accessories - system tool - disk defragmenter
*Perhatian: Lakukan operasi ini setelah selesai langkah pertama, kedua dan ketiga di atas. Untuk lebih cepat, lakukan operasi ini di dalam "safe mode".
No comments:
Post a Comment