CARA2 NAK CLEAR KAN VIRUS WORM

ni kira cam virus gak la. tapi tak ganas sangat. dia cuma kacau internet explorer jerr. ni cam virus worm laa.
nak tau cara nak buat virus nie ke?? heheh
x per la aku ajar cara nak settel je la ek. tapi kena ingat cara ni kacau registry. so buat la backup dulu sebelum apa2.

CARA2 NAK CLEARKAN VIRUS WORM " HACKED BY GODZILLA - (DIA PUNUYA FILE NAMA MS32DLL.DLL.VBS)

Langkah Pertama

mula2 tekan button ctrl+alt+del sekaligus. nanti keluar Windows Task Manager
dekat situ pegi klik pada Processes dlm list tu try cari program nama wscript.exe klik kat situ dan klik pada End Process buat pada semua file wscript.exe yg ada dlm tu. mesti kena buat ek.

Langkah Kedua
kemudian klik pada My Computer atau kadang nama dia Home dekat atas menu tu pergi pada Tools dan pegi Folder Options nanti keluar menu Folder Options klik View

tengok dekat Advance Settings tu mesti klik kat Show Hidden Files and Folders supaya ada tanda, tanda itam tu la maknanya check.
dalam tempat sama juga pegi pada Hide extensions for known file types uncheck dekat situ kasi hilang tanda dekat situ. buat yg sama juga pada satu lagi nama dia Hide protected operating system files (Recommended) uncheck juga ek.

kemudian klik OK


Langkah Ketiga

pegi kat My Computer atau kadang nama dia Home pegi dekat c:/windows tempat operating system korang la. dan klik dekat situ nak tengok file dlm tu.

cari file nama MS32DLL.dll.vbs dan kasi delete itu file la.

kemudian pergi kat semua drive termasuk hdd, usb drive ke, atau apa drive yg ada cari file nama autorun.inf dan file nama MS32DLL.dll.vbs

contoh macam kalau kat HDD kita C:/MS32DLL.dll.vbs atau D:/MS32DLL.dll.vbs atau C:/autorun.inf atau d:/autorun.inf

ingat buat untuk semua drive hdd, usb atau memory card ok.

Langkah Keempat

Clearkan Registry untuk delete file virus worm tu. , baca Bismillah dulu. hehe

pegi pada Start dan klik pada Run kat ruangan tu taip regedit

nanti keluar menu Registry Editor

klik HKEY_LOCAL_MACHINE

dan klik Software dan klik Microsoft dan klik pada windows dan klik Current Version dan pegi kat run dalam ruangan belah kanan tu cari file nama MS32DLL klik situ dan delete file tu .

Langkah Kelima

nak clearkan registry yg auto run virus dekat cd.

pergi pada Registry Editor mcm langkah empat.

klik pada HKEY_LOCAL_MACHINE dan klik pada CurrentControlSet dan klik pada System dan klik pada Services dan cari Cdrom dan dekat sebelah kanan tu cari Autorun dan double klik nanti keluar menu Edit DWORD Value dekat column Value Data tu tukar no 1 kepada 0 dan klik OK.

PROCESS NI SEBENARNYA UNTUK MENGELAKKAN AUTO RUN CDROM DRIVE KITA TU. UNTUK MENGELAKKKAN VIRUS DARI MANA2 DRIVE MASUK SECARA AUTO.

KALAU TANAK BUAT BOLEH BIARKAN VALUE DIA 1.

Langkah Terakhir selepas ni jgn melangkah kemana2. hehehe

pegi pada Registry Editor macam tadi.

Klik pada HKEY_CURRENT_USER dan klik pada Software dan klik pada Microsoft dan klik pada Internet Explorer dan pergi klik pada Main dan dekat sebelah kanan tu cari file nama Windows Title double klik file tadi nanti keluar menu Edit String dan dekat Value Data tu delete laa perkataan Hacked by Godzilla dan tukarkan kepada "HACKED BY MAYAT..HAHAHAHA". kalau nak letak la hehehe. kalau tanak letak la nama apa2 pun atau perkataan apa2 pun yg anda suka. ni dah kira ajar hack gak ni. hahaha

sebenarnya sampai sini je sebelum korang kena reboot pc. atau korang nak adjust balik step pertama tu kasi hiden balik file2 system tu. caranya terbalikkan cara2 dalam Langkah Kedua..

No comments:

blogss

Pages

Copyright T&R Stationery - Souvenir