Tahukah anda Windows XP mempunyai personal firewall?
Firewall bermaksud perisian atau perkakasan yang menghalang aktiviti atau data yang tidak dikenali dari masuk atau keluar dari komputer anda. Firewall membantu anda menjadi lebih selamat di internet.
Untuk tips pantas kali ini, bagi yang mungkin tidak tahu bagaimana hendak mengaktifkan personal firewall pada Windows XP, di sini ada langkah - langkah tersebut :
Langkah 1
Pergi ke menu Start > Control Panel > Windows Firewall

Sekiranya Windows Firewall anda belum diaktifkan pilih butang On.

Apabila anda klik butang On, maka pilihan kekotak Don’t allow exceptions diaktifkan. Adalah dicadangkan klik kekotak tersebut untuk keselamatan yang maksima. Kemudian klik OK.

No comments:
Post a Comment