Simptom2 Pc Yg kena VIRUS

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

* PC menjadi hang selepas dibuka, dan kerap plak berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail
yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang
mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walaupun sebelum ini kita tidak pernah
menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya
hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstall sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan
sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstall sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot ketika digunakan dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakera seperti scandisk melaporkan banyak error pada cakera selepas melakukan
imbasan cakera.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
* Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua
extension.
* Perisian antivirus hilang tiba-tiba atau tidak aktif secara tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di install atau dibuang.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan
menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun kita tidak pernah menginstall sebarang
perisian sebelum ini.
* Muzik atau video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

No comments:

blogss

Pages

Copyright T&R Stationery - Souvenir