Solve You Problems

Enable / Disable the Task Manager

Mula2, buka Regedit (Start > Run > regedit)

Pergi ke bahagian ni dalam regedit: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\ Policies\System

Reka sebuah nilai Dword, berlabel DisableTaskMgr

Berikan nilai 0 pada ia untuk enable Task Manager

Berikan nilai 1 pada ia untuk disable Task Manager


Kaedah sembunyikan/paparkan versi Windows pada Desktop

Sekiranya anda ingin versi windows anda dipaparkan pada desktop, maka kaedahnya adalah seperti berikut:

Mulakan Regedit

Pergi ke:
HKEY_CURRENT_USER \ Control Panel \ Desktop

Reka sebuah nilai DWORD, berlabel PaintDesktopVersion

Nilai 0 pada value ni akan memadamkan paparan versi windows

Nilai 1 pada value ni akan memaparkan paparan versi windows

Pastikan anda restart atau logoff komputer terlebih dahulu (baru akan nampak/tak nampak versi windows)


Clearkan page file setiap kali shutdown

Sekiranya anda ingin clear page file setiap kali shutdown (untuk tujuan privasi, memanjangkan jangka hayat hard disk dan sebagainya)

Mulakan Regedit

Pergi ke
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Session Manager\Memory Management\ClearPageFileAtShutdown

Tetapkan nilai value ni kepada 1

Cara nak memadam logo WindowsXP ketika BootUp

Untuk melakukan perkara ni, anda perlu mengedit/mengubah sedikit isi kandungan dalam fail Boot.ini. Harus diingati, jangan silap wat langkah ni sesekali...fail ni penting untuk komputer boot masuk windows, kalau anda terpadam atau tersilap save fail ni, anda takkan dapat masuk windows anda (walau safe mode pun tak boleh masuk, jadi jaga2 sikit kalau nk wat cube tips ni)

Mula2, anda perlu Show hidden files and folders dan juge matikan pilihan Hide protected operating system files (Recomended) dalam komputer anda...kedua-dua perkara ni boleh diakses pada bahagian Folder Options dalam komputer anda...


Anda boleh membuka fail boot.ini ni dalam direktori C:\ anda, atau pada partition anda install WindowsXP anda

Double click fail boot tu...

Anda akan melihat terdapat catatan begini dalam fail boot.ini tu:

multi(0)disk(0)rdisk(0)partition(1)\WINDOWS="Microsoft Windows XP Professional" /noexecute=optin /fastdetect


Anda cume perlu taipkan /NOGUIBOOT pada bahagian selepas /fastdetect dalam command di atas...


Untuk cara mudah? anda leh pergi ke MSConfig (Start > Run > MSCONFIG)

Pergi ke tab boot.ini dalam msconfig, tandakan pada pilihan NOGUIBOOT...


Cara Menukar Nama "Recycle Bin"

Anda ingin tahu bahawa anda sebenarnye boleh menukar nama "Recycle Bin". Namun anda perlu melakukan sedikit ubahsuai pada registry anda untuk membolehkan anda menukar nama Recycle Bin ni. Berikut adalah langkah yang perlu anda buat:

1. Bukak REGEDIT (Start > Run > regedit)

2. Pegi ke bahagian ni:

HKEY_CLASSES_ROOT
CLSID
{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}

3. Disini anda akan mendapati terdapat nilai 40 01 00 20 dalam nilai datanye.

4. Tukarkan nilai data tadi menjadi 70 01 00 20

5. Restart komputer anda, dan kini anda boleh rename Recycle Bin anda


Cara Mematikan Fungsi USB, CD-Rom & Floppy Disc

Anda boleh menggunakan Group Policy Editor untuk mematikan fungsi USB, CD-Rom dan juga floopy disk. Dengan ini anda dapat menghalang orang lain daripada mengakses sebarang fail dengan munggunakan pendrive, cd atau disket.

Kaedah ini memerlukan anda mengubah polisi menggunakan Group Policy Editor. Sila rujuk laman ini untuk maklumat lanjut:

Microsoft KB 555324



Kaedah mematikan User Account Control dalam Vista

Adakah anda sering kali merasa terganggu dengan tetingkap User Account Control yang asyik muncul setiap kali anda cuba run sebarang aplikasi dalam windows Vista? Tahukah anda bahawa User Account Control ini boleh dimatikan? Berikut diterangkan kaedah untuk mematikan User Account Control dalam Vista Very Happy


Kaedah 1 : MSCONFIG

1. Buka MSCONFIG

2. Akses Tools dalam MSCONFIG

3. Highlight Disable UAC dan klik Launch

4. Command prompt akan muncul. Selepas tamat, anda perlu restart semula komputer. Very Happy

------------------------------------------------------------ -----

Kaedah 2 : REGEDIT

1. Buka REGEDIT

2. Pergi ke destinasi berikut dalam REGEDIT:

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion \Policies\System


3. Tukarkan nilai pada EnableLUA menjadi 0

4. Restart komputer Very Happy



AMARAN: Pastikan anda reka backup untuk REGEDIT terlebih dahulu!

------------------------------------------------------------ -----

Kaedah 3 : Control Panel

Cara paling senang:

1. Buka Control Panel

2. Klik pada Add or remove user account bawah User Account and Family settings

3. Pilih pengguna di muka surat ini.

4. Seterusnya klik pada Go to the main User Account page

5. Klik pada Change security settings di bawah Make changes to your user account

6. Pastikan tiada checkmark pada Use User Account Control (UAC) to help protect your computer dan klik OK

7. Restart komputer Very Happy



Show Hidden Files Dan Folder Options Yang Hilang


SHOW HIDDEN AND PROTECTED OS FILES

Kita seringkali berdepan dengan masalah apabila tak dapat melihat yang "hidden", yang mana kebiasaanya merupakan fail ancaman seperti virus. Tak perlu gusar, anda hanya perlu melakukan perkara berikut untuk "show" sesuatu yang "hidden" Very Happy

1. Klik Start button, buka My Computer.

2. Klik pada Tools, dan klik pada Folder Options.

3. Klik pada tab View kat Folder Options.

4. Di bawah seksyen Hidden files and folders, tandakan pada Show hidden files and folders.


5. Seterusnya, buangkan tanda cek pada Hide protected operating system files (Recommended). Klik Yes pada amaran yang akan keluar

7. Klik OK. Very Happy


FOLDER OPTIONS SAYA HILANG? Crying or Very Sad

Ada pula dalam sesetengah kes, kita tibe2 tersedar bahawa Folder Options kita tak ade dalam list Tools. Macamane pulak ni? Jangan risau, cume buat ikut arahan di bawah ni, dan anda akan dapat kembali Folder Options anda Very Happy

1. Klik Start, klik pada Run, taip regedit dan klik OK.

2. Pergi ke sini:
HKEY_CURRENT_USER\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\ Policies\Explorer

3. Padamkan "NoFolderOption" pada bahagian kanan jika ada

4. Jika tiada "NoFolderOption" di sini, lakukan berikut:


- Klik pada menu Edit
- Klik New
- Pilih DWORD Value
- Namakan ia sebagai NoFolderOption
- Pastikan value ia adalah 0. Dwi klik pada NoFolderOption untuk memastikan nilai ini pada Value Data.

No comments:

blogss

Pages

Copyright T&R Stationery - Souvenir